Penulis Wanita Irshad Manji mengatakan Hadis dan undang-undang islam ciptaan manusia

Penulis Wanita Yang menyebut dirinya Reformis Islam (Irshad Manji) tidak ragu dengan isi buku pertamanya “The Trouble with Islam Today: A Muslim’s Call For Reform in Her Faith akan di anggap atau di haramkan peredarannya di Malaysia
Irshad Manji Tetap datang ke ibu kota Malaysia pada minggu lalu untuk mempromosikan buku terbarunya, Allah, Liberty and Lov yang dianggap mengina agama Islam oleh Pejabat Islam terkemuka Malaysia.

Pada saat di Wawancari, Irshad Manji tetap konsisten dengan premis yang di kemukakannya dalam buku pertamanya, mengatakan bahwa “Muslim adalah satu masalah Kepada Islam Hari ini” Menurutnya, Masyarakat bukan Islam, hanya memahami maksud Islam berdasarkan umat islam itu sendiri. “Pengrtian Islam itu tidak penting, tetapi perkara yang kita lakukan sebagai Muslim itu yang memberi pengertian kepada Islam,” ungkapnya. Walaupun demikian, Irshad manji mengatakan bahwa beliau percaya penyelesaian masalah ini ada di tangan umat Islam itu sendiri “Sesuai dengan Ayat Al-Quran yang menyarankan bahwa nasib sesuatu kaum akan hanya dapat di ubah oleh kaum itu sendiri.

Irshad Manji Menegaskan Muslim hari ini kembali kepada “Ijtihad” yaitu tradisi yang menurutnya “Menggalakkan Pemikiran yang Bebas dan Merdeka.
“Dalam pendekatan Irshad Manji kepada Islam, Ijithad adalah antara nilai yang paling penting di uraikan”. Itu karena, Dalam Al-Quran trdapat lbih tiga kali kalimat untuk berfikir, analisis, merenung dan berpikir. Itu merupakan surat-surat yang memberitahukan kita perkara yang betul dan yang salah. Ungkap Irshad Manji.

Ancaman Jadi Dorongan

Seruannya itu mengundang perasaan kurang senang Berbagai pihak yang menganggapnya mencabar kewibawaan golongan ulama yang dipercayai lebih layak berbicara tentang Islam.

Natijahnya, beliau menerima banyak surat ugutan termasuklah ugutan bunuh selepas penerbitan buku pertamanya. Hinggakan, beliau terpaksa melengkapi kediamannya di New York dengan cermin kalis peluru sebagai langkah keselamatan.
Di sebalik semua ancaman itu, Irshad mendakwa menerima sokongan dari beberapa Muslim generasi muda yang bersetuju dengan mesej dalam buku pertamanya tetapi takut untuk bersuara. Sokongan itu, kata Irshad, mendorongnya menulis buku terbarunya.

“Allah, Kebebasan dan Cinta (adalah) untuk membantu generasi muda Muslim mengatasi rasa takut dan menjadi lebih jujur kepada diri mereka sendiri dan juga Allah,” katanya.

Selain itu, kata Irshad, buku terbarunya turut menyampaikan mesej “keberanian moral” yang menuntut “berkata benar kepada mereka yang berkuasa di dalam masyarakat demi manfaat yang melangkaui masyarakat itu sendiri.”

“Saya percaya ini mesej buat generasi baru yang merentasi agama dan budaya,” katanya.
Mengakui dirinya sebagai sebahagian daripada kelompok yang menerima Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal Islam, Manji menolak peranan ulama dan mufti yang didakwanya menyebabkan agama dan kepercayaan bertukar menjadi dogma yang “kaku.”

“Dogma selalu tercabar dengan soalan. Dogma sifatnya kaku dan ia tidak dapat dipertahankan apabila dicabar dengan pemerhatian yang teliti,” katanya.

Tolak hadis, hukum Islam

Manji juga berpendapat iman merupakan perkara yang sangat peribadi di antara seorang Muslim dan Tuhannya.
Ia adalah satu hubungan unik yang menurut Irshad menjadi sumber kekuatan ilmuan Islam zaman lampau menjadi individu yang hebat dan menguasai pelbagai disiplin ilmu.

“Kepercayaan saya (adalah) dengan Tuhan, bukan dengan duta Tuhan yang melantik diri mereka sendiri,” katanya.
Beliau juga secara berterus-terang mengaku menolak hadis dan hukum syariah, yang diterima sebahagaian besar penganut Islam sebagai sebahagian daripada sumber rujukan dalam Islam. Sebaliknya, beliau menerima Al-Quran dan menterjemah serta memahami Al-Quran berdasarkan sifat kitab suci itu yang lengkap.
“Interpretasi saya terhadap Quran adalah berdasarkan Quran itu sendiri. Hadis adalah ciptaan manusia. Undang-undang Islam juga ciptaan manusia.
“Manusia tidak sempurna. Undang-undang ini dan hadis seperti manusia, juga tidak sempurna,” katanya.

Ironinya, beliau mengakui konsep ijtihad yang dipromosikannya bukan berasal dari Al-Quran tetapi dicipta ulama Islam selepas Al-Quran diturunkan.
“Quran sendiri tidak guna perkataan ijtihad. Tetapi surah-surah dalam Quran menggalakkan penggunaan minda, kemahuan sendiri dan suara hati yang diberikan Allah untuk terus berfikir,” katanya.
Edisi terjemahan buku terbarunya, Allah, Kebebasan dan Cinta dilancarkan Sabtu lalu di Kuala Lumpur dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi. Sumber : freemalaysiakini2.com

Labels: , , , , , ,



Leave A Comment:

ViralGen Referral Shopping
Copyright © TV LiVe sTreaMinG.